Sihir Memisahkan Suami Isteri
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du.
Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Sihir ini kadang kala dilakukan oleh jin yang cinta kepada suami atau isteri kerana tidak ingin pasangan tersebut hidup bahagia. Pelbagai gangguan akan dilakukan untuk memisahkan suami dan isteri. Kadangkala pesakit akan dikenakan sihir jerutan sehingga pasangan tidak boleh melakukan persetubuhan.
Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir ini adalah menggunakan barang-barang yang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak yang telah dijampi dan dicalitkan kepada mangsa, dimasukkan atau diletakkan di laluan lokasi mangsa selalu kunjungi.
Hakikat Sihir Pemisah Suami Isteri Menurut Pandangan Para UlamaImam Abul Hasan Al-Asy'ari rahimahullah mengatakan: “Kami meyakini sihir dan tukang sihir benar-benar ada di dunia ini. Dan kekuatan sihir merupakan kenyataan.” (Al Ibanah 'an Ushulid Diyaanah hal. 54)
Imam Qurthubi rahimahullah mengatakan: “Ahlus Sunnah telah berpendapat bahawa sihir itu telah pasti ada dan memiliki hakikat. Seandainya sihir itu tidak memiliki hakikat, maka tidak mungkin untuk dipelajari dan juga Allah Ta'ala tidak akan memberitahukan bahawa mereka mengajarkan sihir itu kepada umat manusia.” (Tafsir al-Qurtubi II / 46)
Imam Al-Maziri rahimahullah berkata: “Sihir merupakan suatu hal yang tetap dan mempunyai hakikat, dan mempunyai pengaruh terhadap diri orang yang disihir. Allah Taala telah menyebutkan di dalam kitab-Nya bahawa sihir itu dapat dipelajari dan bahkan dapat menyebabkan seseorang menjadi kafir, serta boleh juga memisahkan pasangan suami isteri.” (Zaadul Muslim IV/225)
Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi rahimahullah mengatakan: “Sihir adalah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya. Sihir ini mempunyai hakikat, antaranya ada yang boleh mematikan, membuat sakit, membuat seorang suami tidak dapat mencampuri isterinya, memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat salah satu pihak membenci satu sama lain atau membuat kedua belah pihak saling mencintainya.” (Al-Mughni, 10/104)
Tanda-tanda rumahtangga terkena sihir/gangguan jin mengikut pengalaman perawat:
1. Isteri atau suami berasa sangat tidak selesa apabila pasangannya pulang ke
rumah.
2. Sering bertengkar walaupun dalam hal-hal yang kecil.
3. Suami atau isteri sering diganggu mimpi-mimpi buruk.
4. Suami atau isteri beberapa kali melihat lintasan atau bayangan sesuatu di dalam dan di sekitar rumah.
5. Suami atau isteri sering mengalami kesakitan yang tidak jelas puncanya seperti sakit kepala, sakit di perut, sakit kaki tangan dan sebagainya.
6. Timbul rasa benci yang bersangatan tanpa sebab yang jelas, yang berlaku pada salah seorang daripada pasangan, atau kedua-duanya sekali.
7. Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab, atau sebab-sebab yang kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak-anak
menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.
8. Timbul rasa was-was syaitan dalam hati yang boleh menyebabkan isteri takut mendekati suami. Terasa seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau
sebaliknya.
9. Timbul rasa cemburu bersangatan menyebabkan isteri rasa berang kerana dia syak yang suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian.
Keadaan seperti ini boleh menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran ataupun tidur sebilik.
10. Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di sampingnya, dan merasa lega sebaik-baik sahaja pasangan keluar dari rumah
atau berada jauh dari pasangan.
11. Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa yang menakutkan atau sentiasa marah dan bengis, atau suami
melihat isteri dari pandangan yang hodoh. Apa yang dilakukan oleh pasangan semuanya serba tak kena.
12. Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab yang jelas. Dalam hatinya timbul bisikan-bisikan yang diai telah melafazkan cerai,
padahal dia tidak berhasrat langsung berbuat demikian. Kadang-kadang lafaz cerai itu benar-benar keluar dari lidah seolah-olah ada satu kekuatan dari
dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri pula kadang-kadang meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami berbuat demikian dalam
keadaan tidak dapat mengawal diri.
"Maka mereka mempelajari daripada kedua malaikat itu apa yang boleh mereka gunakan untuk menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka (ahli sihir) itu tidak dapat memberi mudarat dengan sihirnya kepada seorang pun kecuali dengan izin Allah" [Al-Baqarah : 102].
Video Rawatan Sihir Pemisah
Tips Merawat Sihir Rumah Tangga
Simptom-simptom sihir rumah tangga ialah kebiasaannya suami isteri akan kerap mengalami sakit kepala, dada dan pinggang pada waktu asar ke atas, mimpi jatuh dari tempat tinggi, di samping sering bertengkar dan juga banyak halangan dalam hubungan kelamin.
1) Sediakan 6 botol besar air mineral dan buka penutupnya.
2) Bacakan surah Fatihah 11x, Ayatul Kursi 7x, al-Baqarah ayat 102 7x, al-A'raf ayat117-122 7x, Yunus ayat 81-82 7x, Thaha ayat 69 7x, al-Ikhlas 7x, al-Falaq 7x, dan an-Nas 7x, lalu tiup selama 10 saat pada air.
3) 5 botol air tersebut dibuat minum 3x sehari sehingga habis.
4) Bagi anggota badan yang sakit seperti dada dan pinggang sila sapukan minyak zaitun atau cuka makan 2x sehari.
5) Sebotol lagi air dibuat mandian. Caranya sediakan setengah baldi air paip, perah 3 biji limau purut atau 7 helai daun bidara yang ditumbuk lumat dan masukkan sekilo ais, bila ais sudah larut mandi dengan jirus pada ubun-ubun perlahan-lahan sehingga habis. Mandi bilasan terakhir pada waktu asar ke atas selama 7 hari berturut-turut.
6) Sebelah malamnya pula selepas isyak, buat solat hajat dan wiridkan Ayat Kursi 170x dan minta Allah batalkan segala gangguan sihir yang melanda.
Hakikat penyembuhan hanya daripada Allah Azzawajalla!
# Jika anda merasakan Artikel ini bermanfaat sila share dengan rakan-rakan anda yang lain.
Kredit kepada : Akrine Kampar
You might also like:
# Hanya Sekeping Gambar Nyawa Melayang- Suami Membunuh Isteri
# Koleksi Gambar Hangat Kekasih Anak Sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy
# 6 Foto Terseksi Hanis Husna, kekasih baru Shah Jaszle
# Gambar-gambar Kemalangan Sebentar Tadi Berlaku di Karak Highway arah ke Kuantan
# Status Sedih Seorang Biker Di WhatsApp Seakan Tahu Ajal Akan Tiba
# Hanya Sekeping Gambar Nyawa Melayang- Suami Membunuh Isteri
# Koleksi Gambar Hangat Kekasih Anak Sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy
# 6 Foto Terseksi Hanis Husna, kekasih baru Shah Jaszle
# Gambar-gambar Kemalangan Sebentar Tadi Berlaku di Karak Highway arah ke Kuantan
# Status Sedih Seorang Biker Di WhatsApp Seakan Tahu Ajal Akan Tiba